Monday, October 29, 2012

NUKILAN CINTA buat sang perindu...


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."



Selama hari ini, saya selalu tertanya-tanya dalam diri saya.

Kenapa ada perpisahan dalam dunia ini?

Kenapa ada penceraian?

Kenapa ada break up?

Kenapa ada clash?

Kenapa ada 'I'll leave you'?

Kenapa ada "Good bye'?

Kenapa, kenapa, kenapa?



Kamu semua pernah terfikir tak?



Bagaimana bila kita sayang seseorang itu, Sayang kita boleh hilang kepadanya?

Bagaimana kasih boleh berubah dalam sekelip mata?

Hari ini sayang, besok boleh jadi benci.



Pelik kan?


Tapi kita pernah tak terfikir,


Allah selalu sayang kita,

tapi...tapi...tapi...

Kenapa kita lupakan dia..

Kenapa kita ingkar arahan dia..

nak tau tak..ALLAH yang memberikan rasa sayang pada kita, n orang yang kita sayang..

klu kita xsayang dia, camna Allah nak kasi?????

Renung2kan lahhhh....
*Please answer meeeeee.......


Cinta ibarat Air Wudhuk..kalau dah batal, kene perbaharui, kalau boleh sebelum sempat batal dah kene wuduk lagi...tapi cinta dengan Allah ibarat Tali yang menyimpul, jangan sampai terbuka ikatan...apabila terlerai, maka ia akan terkulai...


kenapa ye ada perasaan cinta dalam DIRI KITA??

jika kita rebah dilanda OMBAK RINDU dgn COUPLE kite...janganlah kita sampai lemas mengharunginya yee...sebab azab Allah jauh lebih besar klu kita langgar larangannya....

seorang PEMUDA BERTANYA DENGAN seorang TUA..wahai pakcik, couple ni perlu ke sampai bagi sume kt patner kita??bagi pegang tangan, peluk2, naek moto sme2 sume2la...jawab si Tua ni: kalau kau bagi nanti, maka habislah nikmat dunia mu diambil pada orang yang belum tentu kau miliki...


~~TammaT~~

*ini merupakan nasihat semata-mata. Yang baik jadikan teladan, yang buruk buang dalam tong sampah*

~Sebuah Kembara Ilmu~

"Tolabul Ilmi Minal Mahdi Ila Lahdi"...(tuntutlah ilmu dari buayan sehingga liang lahad)
"menuntut ilmu itu wajib atas semua UMAT ISLAM"

Assalamualaikum buat semua sahabat yang daku sayangi..hendaknya Maha Rabbul Jalil melindungi anda sekalian...Hahh!! dah lame bebeno teman dok nulis dalam blog ni, al-maklumla, semenjak kijo ni xpernah nak dapat mase free..klu ade pon curi2 je..tu pon agak NAZAK juga nak kejo.. Tapi xpe, kali ni Mohd Ijul nak share dgn korg semua betapa syahdunye sebuah Perubahan Ke Arah mndapatkan cHeNta AllaH yg jauh lebih memberi kesan yang...MasyaAllah..moh leee..

Baru2 ni Mohd Ijul de buat program khas buat adik2 pelatih Mohd Ijul..Nama program tu, Kembara Ilmu. Dalam program ni Mohd Ijul masukkan 3 elemen utama, 1) Dare To Learn 2) Dare To Transform n Recover our Hurt 3) Dare To Challange... Dalam setiap elemen ada banyak ranting2 ilmu yang ada..dan yang paling istimewa, Mohd Ijul x cakap pon dgn dorg ape yang nk kene buat..lebih kurang camni Mohd Ijul cakap kat dorg "Saya seorang yang naif untuk menilai ketulusan hati kamu dan kamu juga naif untuk membongkar ilmu Allah berseorangan, tapi kita ada Tuhan yang Maha luas Ilmunya..maka dekatilah!!". Maka, bermulalah kembara kami pada tanggal 23 Oktober 2012 jam 7,45 pagi..

23/10/2012 (UPM-Universiti Putra Malaysia)

tepat jam 12 tengahari kami sampai sana..huhuhu..kami agk drag time mse tu sebab banyak sangat singgah, nasib baik pengurusan UPM xngamok. sampai2 je kami terus diplawe ke Dewan Kuliah Blok Pentadbiran..Perghh, buat ptama kalinya Mohd Ijul masuk UPM. Agak "Batak" jugalah mulanya, tapi cover2..=) ni gambo2nyee..korg describe sndri ek..zoooom~~

sebahagian peserta yg mengikuti program..

memberi peluang supaya merekaterus tekad untuk belajar apabila tamat tempoh kelak

penyampaian cenderamata MAIS oleh al-Fadhil Ustaz Makhi kepada UPM

Alhamdulillah, semoga ilmu yang diperolehi di UPM membuatkan adk2 pelatih terus menanam tekad untuk belajar n masuk U ok?...

23/10/2012 (Yayasan al-Jenderami)

Lepas gi UPM, kitorang terus bergegas ke sebuah tempat dimana digelar sebagai Kota Islam. Tenang,Damai dan Harmoni. Itu yang boleh Mohd Ijul bayangkan, kalaulah diberi peluang duduk seminggu kt situ memang setujulah..al-maklumlah, zaman2 akhir ni, hidup kita kene kurgkan bab2 maksiat ni, sebab Ajal xkira 
bila..betul x??hehe..hahh ni dia..kita zooommm in~~

panoramanya sebijik Masjid Nabawi kat Madinah..dengan pokok kurmanye, udaranya, semua2lah...

hahh,ni aku tengah melawat rumah warga emas kat al-Jenderami ni dgn my best Kakak @BES (Kak Tipah)

haha..cover macho gitu...membayangkan diri di Madinah..~~

kat yayasan ni, mereka memberi tahu kami yang tempat ni tempat berkumpulnya para Ulama' seantero dunia, yang paling menarik, mereka menerapkan elemen "Cinta Rasul" dan mengamalkan selawat ke atas Baginda selalu..paling istimewa, mereka buat Maulidur Rasul SEBULAN SEKALI..MasyaAllah.. tetiba Mohd Ijul teringat sabda Rasulullah yang berbunyi begini:

"Barangsiapa yang sentiasa mengingatiku (Rasulullah) semasa hidupnya didunia, maka aku akan mengurniakan SYAFAATKU di akhirat kelak"...

So kawan2..bila lagi nak mula?

kami bermalam disana dan mengikuti keseluruhan aktiviti kerohanian yang dianjurkan pada malam itu..dan terus mengusaikan mimpi melabuhkan bahtera pengembaraan di Hotel al-Jenderami yang terletak tak jauh dri perkarangan masjid..

24/10/2012 (Bukit Broga)

Tepat jam 5.30 pagi Mohd Ijul n the gang bangun pagi untuk bersiap demi satu misi menghadapi satu cabaran yang saya sebutkan tadi..Dare to Challange. Jasmani berasa bersedia nak panjat, tapi hati plak gugup..huhu..tapi demi adik2 pelatih, kugagahi jua. tepat jam 7.30 pagi kami sampai di kaki bukit Broga. Bukit ni ada nama jolokkannya tersendiri..."Bukit Lalang", klu orang Semenyih sebut plak "Bukit Cari Penyakit"..saya tanya sebab apa???tetiba sorg pakcik menyampuk dari belakang Mohd Ijul mase kt kedai berbunyik.."Panjatlah...nanti baru ko tauuuu~~" nak tau ape jadi..zooom in~~

taklimat ringkas sebelum pendakian oleh abang Ajai..my best ever friend..x-KUIS

wif abg Naim also..thanks bantu Mohd Ijul~~

pendakian pon bermulaaa~~kak Tipah sepertinya Pancheett!!,,hehe

haishh..spe nih!!baru skit dah penat ke~~hurm..bkn aku nih..=)

tu diaaa,,,yeahhh..dah pon sampai!!

antara peserta yang ngelat2...bajet dah sampai puncakla tuh..hehehe..jgn marah ea...

haii boss...mengah ke???hehe

bagusss...walaupon xsampai puncak..tapi buat2 sampailah..hee

Malang Tidak Berbau...dalam perjalanan turun ade 3 org budak injured plak..hurm..sorg pengsan tegolek2,2 lagi jatuh lereng bukit,koyak jugakla kulit lutut depa..tapi still semangat lagi walaupon air mata membasahi pipi..tulah jiwa seorg wanita,Biar Berderai AIr Mata, sekali pon xpernah mengalah...betul x muslimah??
Betullah yang dikatakan oleh seorang tua di kedai tadi,,,tapi kami terus tekad,asalkan niat kami baik..demi Kembara Ilmu...

24/10/2012 (Penjara Wanita, Kajang)


Sebelum kami akhiri kembara kami, Last Challange yang perlu dilalui adalah: Dare To Transform and Recover Our Hurt. Mohd Ijul oder special buat mereka.."Penjara Kajang"..namanya agak mengerunkan dan panoramanya menyeramkan buat sesiapa yang memasukinya. Mohd Ijul dan teman2 pegawai sahaja dibenarkan masuk ke kawasan Penjara dimana banduan2 wanita diletakkan...adik2 pelatih hanya diberi taklimat di Dewan Sukan Penjara, mereka xdibenarkan masuk. SubhanAllah, xpernah terbayang penjara ni sebelum ni, sekali masuk..lebih kurang tiga pintu besi yang kami lalui baru jumpa pagar dimana banduan2 menjalani hukuman. Jelas terpancar diraut wajah mereka yang mengaruk kegusaran kegundahan...seketika Mohd Ijul n Kawan2 terfikir, andai aku senasib dgn mereka ni,,peritnyeeee...huhu..(mudah2an kami dijauhkan dri azab dunia ini). Ada di antara mereka yang menunggu MATI saja, ada yang bakal MATI dipenjara gara2 hukuman yg dilalui merupakan penjara seumur hidup dll..astagfirullah...

setiap inci dan sudut dikawal rapi oleh Wadar (Warden) penjara dengan kemas skli. kehadiran kami disambut baik oleh mereka tetapi tidak pada banduan2 itu, Mohd Ijul cuba menyingkap disebalik raut wajah mereka, ternyata hanya kesal dan memikirkan hidup mereka tiada gunanya lagi..

kami meneruskan lawatan ke Bengkel Jahitan, Kraftangan, Masakan, Kmahiran Hidup mereka..sungguh unik hasil tangan mereka...kalah pereka fesyen diluar..hehe..dan tepat jam 4,30 petang kami pon berusai keluar dari "Lohong Hitam" itu...rasa seperti dibebaskan...hehe

ni gambar yang dibenarkan sahaja..lets zoom inn~~

kat luar penjara pon jadilahhh~~

nilah gang2 Kembara Ilmu kami..
Dari Kiri (Kak Nina a.k.a Panglima Berantai,Kak Tipah a.k.a Ketua Sindiket,Kak Syida,Kak Ferry,Wak Hasri,Wak Azhar, Ayun@Kherol Azhar,Mohd Ijul n Ustaz Makhi)

sekian....

~~TAMMAT~~

Monday, March 5, 2012

BERCINTA vs PUTUS CINTA…..

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)…..

Assalamualaikum semua..

Setelah hampir setahun saya tidak mencoret sebarang kalam dalam blog ni, hari ni saya kembali lagi.. macam2 dah jadi sepanjang setahun ni, ada yang MANIS, ada yang PAHIT, ada yang SEDIH pendek kata…MACAM2 ADA…hurmm..

Anda semua mesti tertanya2 lirik apekah di atas tu?? Ni jawapannya, lirik lagu itu dipetik daripada lagu S.A.D.D (Sedang Apa Dan Di Mana) oleh Sammi Simorangkir. Bunyi macam sedih je kn? Tapi hakikinya penuh dengan kisah yang tersirat sebalik lagu berkenaan.

Dalam perkara ini, sedikit nukilan yang nak saya kongsikan dgn teman2 semua…setuju tak jika saya katakan PUTUS CINTA ITU SATU YANG MENYAKITKAN?? Pasti jawapannya YA kan? Setuju tak klu saya katakan PUTUS CINTA TU SATU PENYEKSAAN?? Pasti jawapannya YA bukan..tapi perasan x, kedua2nya adalah sama? Mesti perasan kan?

Saya mempunyai prinsip tersendiri dalam falsafah cinta manusia ini sebenarnya (jika anda tak setuju, jangan marah yee). Bagi saya, CINTA merujuk kepada satu ikatan yang menggabungkan dua elemen/individu yang saling memerlukan antara satu sama lain serta mengharapkan sesuatu pada pengakhirannya seperti perhatian, kasih sayang, belai manja dan sebagainya..CINTA juga terbahagi kepada beberapa elemen..tu teman2 boleh bahagikanlah ikut suka..sebab cabang2nya terlalu banyak dan sangat complicated untuk dirungkaikan…

Tapi, tau tak ending kepada cinta ni akan menemui DUA JALAN SAHAJA? Sama ada bahagia atau merana? BAHAGIA ni seperti dapat berkahwin bersama..tapi yang MERANA ni,jalan ceritanya jauh lebih panjang sebab terdapat side effect
yang pelbagai dan xberkesudahan..TAK BERKESUDAHAN??apa maksudnya tu?

Macam ni, perasan atau tak, mase ber “cinta”, terlalu banyak kata2 manis yang diungkapkan dan dilontarkan membuatkan pasangan anda cair dan terus cair sehingga menyimpan perasaan sayang yang teramat sangat pada anda…haa,ada lagi, klu time ber “cinta”, terlalu banyak yang diharapkan,contohnye kasih sayang, perhatian yang tak pernah lekang2 dan macam2 lagi lah..pendek kata setiap sudut perlu dijaga bagi memastikan CINTA anda akan kekal ke penghujung yang baik.. paling tak blh blah (pantang saya yang tersangat2) bila ber “cinta” ni, pelbagai janji yang ditabur spt “I xkan tinggalkan u, pliss don’t ask me about my heart belonging to u, I promise to be ur wife/husband 1 day..tapi semua janji HANYA TINGGAL KENANGAN IBARAT UKIRAN TULISAN PADA BATU NESAN…hanya menjadi tatapan..xde makne lagi..ada pepatah menyatakan, “apa guna berjanji tapi xditepai” atau “ibarat menanam tebu ditepi bibir”…

Sudah pasti semua memoir ini akan mengakibatkan kesan negatif kepada insan yang terkono ni sbnrnya, dan boleh jadi bende2 yang xmasuk akal…hurm.. ada yang masih menangis xmampu terima kenyataan, ADA YANG BERDENDAM, ada yang sakit hati dan yang paling ditakuti..ADA YANG MENYUMPAH2 terhadap bekas pasangannya..(paling digeruni)..

Just my opinion, untuk mencintai seseorang, kita kene:

1.      memastikan kita benar2 bersedia utk bercinta dan jangan berharap seperti “nak isi tank” je..bila kosong,sebuk nak cari teman, bila da full, main tinggal je..

2.      xpayah JANJI2 SANGATLA KLU XMAMPU NAK TUNAIKAN..sebab janji2 tu sume xblh pakai sangat..klu jadi kawin tu sangat xdinafikan keberbaloianya..tpi klu putus..hampehh, bila kita sebut2 balik kat dia pon, dia tetap mnafikannye..so, JANGAN BERJANJI SETINGGI LANGIT KLU XMAMPU NAK TUNAIKAN..(MUNAFIK TAU X)..

3.      bila da bercinta, tolong dan tolong JANGAN CURANG. Sebab ni merupakan tanda2 kebobrokan cinta anda dengan si dia.. (cth: ditanya cakap xde2, rupa2nya..dah “KENYANG” dengan orang baru..mlopong kite..)

4.      jangan bercinta lebih dari Allah, sebab Allah xkn redha sekiranya kita melampaui dlm bab2 cinta kepada manusia nih.. guide cinta yang paling baik (HABLU MINA ALLAH-cinta terhadap Allah-HABLU MINA RASUL-cinta pada Rasulullah-dan HAMBU MINA WALIDAIN-cinta pada IBU BAPA-dan seterusnya)

5.      jaga hati pasangan dengan baik..n pliss sekiranya pasangan anda itu BAIK ORANGNYA, jangan diburukkan sifatnya di mata manusia lain dgn sikap anda yang menyebabkan maruah serta kreadibilitinya tercalar..(cth: kawan2 dia semua dah tau yang dia ni bercinta dengan anda, tup2 kita memutuskan hbungan,x ker memalukan bekas kekasih anda apabila kawan2 dia tanye???) kesian kn?, so fikir2lah..

6.      sekiranya bekas pakwe atau makwe anda tak redho atas ape yang dah blaku sebab putus cinta ni..saya xtaulah nak komen,sebaiknya selesaikan dgn cara deplomatik yang baik gitu…

oklah, ala kulli hal..sebagai penutupnya jadilah insan yang baik bukan sahaja dalam bercinta je, tapi seluruh aspek supaya disayangi dan dikasihi..terutamanya oleh Maha Pencipta kita..Allahu Rabbul Jalil..

renungan bersama           : kisah ini tiada kaitan antara kisah individu atau cubaan menjatuhkan individu lain, hanya belajar daripada pengamatan sendiri serta pengalaman daripada pelbagai pihak..so, ni sebagai pengajaran dan perkongsian ilmu utk anda (maaf sekiranya bahasa bercampur baur dan tak sedap didgr,trying to be more close with all readers)

p/s      : TQ “awak” atas segalanya….

wallahu a'lam..Wassalam

TheCounsellor @5/3/2012 (11.12 PM)

Saturday, March 5, 2011

kUat MakAn Vs KuAt IbAdAt..

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...

minggu ni, aku nak cite sikit dengan korg mengenai 2 hak asasi manusia sebenarnye..klu korg nak tau @ dah tahu..dua perkara yg aku nak cite ni sgt berkait rapat,klu dua2 join venture..insyallah sume berjalan lancar,tp klu ade yg x mlengkapi sesama dorang..alamatnye,goyahla sesuatu itu..yang aku maksudkan MAKAN & IBADAT.

MAKAN:
makan ni penting sebenarnye,klu kte xmakan mne nak datang tenaga, dengan makan jugak kita boleh teruskan hidup, dengan makan jugak boleh bawak keselesaan tapi terlebih makan byk durjananya tau..hehe.
dengan makan juga kita berdaya utk beribadat..BERIBADAT!! aku sje mention 2kali perkataan ni supaya menjadi tajuk highlight kita kali ini..Rasulullah S.A.W bersabda mengenai makan dan ibadat ni:

"Apabila diserukan untuk makan malam lalu terdengar suara azan oleh muazin maka dahulukan makan malam. (Abu Hanifah)"

maksud hadith ni bukan srh kita lewat2kan solat..tapi jika keadaan memaksa utk kita makan dahulu (terlalu lapar) maka makan lah dahulu tapi jangan lbh2 pulak..sekadarnye shj..
sbnrnye, Ibadat dan Makan berkait rapat, Allah kurniakan kita rezki utk dimanfaatkan dan antara cabangnya adalah untuk beribadat semula kepadanya..jgn pulak kita mintak macam2 sampai solat hajat xberenti..doa xputus2..ble dah dapat nikmat..Allah kita lupakan ..ish3..xbaik tau korg klu buat camtu..so, seimbangkanlah..

IBADAT:
korg pon taukan, kita diciptakan Allah dimuka bumi ni untuk beribadat..ketakwaan dan kecintaan pada Allah tu penting..so,untuk dapatkan kecintaan tu perlukan ibadat sebagai penghubung antara kita dgn Allah..tp, kaitan makan dgn ibadat sgt rapat..klu nak solat kne ade kudrat n kekuatan,mne nak dtg kkuatan..daripada makanlah..kan?so,jangan jadikan alasan klu x mkn boleh mati..kita tuka..klu x mkn ssh nk beribadat..so,secara xlangsung kita dpt tukar paradigma dri makan utk kenyang ke makan untuk Allah..atas alasan utk beribadat..kan lg manis 2..satu contohlah kan: klu kita bagi kt jiran makanan dengan tupperware, tapi dia x pulangkan bekas 2..agk2 korg marah x?lagi2 tapawere tu mhl,bli kat KL katekan..mst korg bengang..macam tu juga Allah..dia dah bagi kite rezki,makan sedap2..tapi korg x bgi balik ape yg dia suruh..bukan susah pon..mst dia murka..haha..so, moralnya..


MAKAN & IBADAT seiringan...kene seimbanglah bro..asyik makan je pon x best kan ..kang xlarat nk rukuk sujud sbb boncet sgt..upsss..jgn mwa ek..manfaatkanlah rezki Allah..nescya klu kita igt Allah..Allah bertambah2 igt dgn kita..insyallah, ape yg kita nak konform dapat...wasslam..=)

Wednesday, March 2, 2011

10 tanda si dia jodoh kita..(wajib baca)



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

semoga anda dpt mengaplikasikannya sebaik mungkin..slamat mencuba..=)

Sunday, February 13, 2011

Rasulullah atau Valentine??.mana satu yang memacu ummat ke arah MARDHOTILLAH??






Assalamualaikum sahabat2.. kali ni aku nak berkongsi sedikit berkenaan 2 topik yang sedang menjadi perbualan hangat. Memang tak dinafikan, sifat kecintaan itu memang telah ditanamkan dalam setiap diri manusia itu, cuma dirinya sahaja yang perlu bijak untuk menyalirkan rasa cinta itu kepada yang berhak menerimanya. Dalam Islam, kita sedia maklum bahawa cinta itu sesuatu "ekspresi" naluri yang perlu dirungkai sebaik-baiknya supaya kita tidak salah mencintai dan dicintai...Allah merupakan cinta utama kita,hanya kecintaan ini yang menjamin syurganya kelak..diikuti Rasulullah..seorang Nabi dan Rasul terulung..kecintaan pada baginda boleh membawa syafaat di akhirat kelak..kemudian keluarga, yang sentiasa mendampingi kita tatkala susah dan senang..dan akhirnya kepada insan..(maaf jika x lengkap)..

sempena maulidur Rasul yang bakal kita sambut tidak lama lagi, pernah tak kita terbayang betapa kasih dan cintanya Baginda kepada kita?? dalam kata2 terakhir ketika baginda menghadapi sakaratul maut..perkataan yang diungkapkan ialah..UMMATI..UMMATI..UMMATI.. yang bermaksud UMMATKU..lihat, cinta Rasulullah kpd kita jelas..macammana pula kita?? Ukurlah kecintaan kita pada baginda..bagaimana caranya?
Begini..1 tips untuk merasakan cinta Kepada Baginda dan Mencintai Baginda:
1. Rasulullah meninggalkan kpd kita mukjizat ulung..iaitu Al-quran..bacalah dan fahami setiap kalam yang diungkapkan di dalamnya..insyallah ketakwaan kita akan bertambah..iman akan menjadi kuat..malah hati yang keras membeku pon akan mencair..
2. Rasulullah juga mewasiatkan pada kita Sunnah2nya spaya menjadi panduan pada ummatnya..amalkanlah, sekurang2nya kita dapat menunjkkan rasa cinta kita padanya walaupon xpernah bersama selama ini..
3. kalau kita dengan makwe@pakwe@balak boleh meseg2,kononnya nak kekalkan perhubungan dan meningkatkan rasa cinta dan menghilangkan rindu...knp x dengan rasulullah..x susah dan x perlukan kredit...cuma BERSELAWAT..x susahkan..


VALENTINE pulak..korg paham ke ape 2? aku nak kupas sikit..Valentine ni hari memperingati kekasih (Konon2nye)..ianya akan disambut oleh seluruh manusia (yang jahil lagi xde otak) pada tiap2 15 febuari setiap tahun.. hari ni juga ade sejarah dimana seorang paderi (aku xnak tau pon nme dia) kononnye nak menunjukkan rasa cita kat awek dia (klu x salah anak seorang pegawai penjara) tempat paderi sengal ni kene penjara sebab(xtaulah)..sebelum paderi ni tadi kene hukum bunuh ,dia sempat tulis sepucuk surat kepada "kekasih gelap" dia td..semenjak ari 2 tiap2 15 feb aka diadakan hari memperingati "hari kekasih" ni...
korang faham x..ade 1 artikel aku baca.."paderi ni orangnya xboleh mengadakan rasa cinta kedalam dirinya,lagi x boleh seorang paderi ni bercinta @ berkahwin..." nmpak sangat berbeza dengan Islam yang tidak menyekat Cinta asalkan diamalkan dengan betul dan mengikut syarak...persoalannya, APA YANG KITA DAPAT SAMBUT VALENTINE SEDANGKAN ALLAH DAN JANJIKAN GANJARAN BESAR MENCINTAI RASULULLAH...???


SUDAH2LAH..kalau anda yang membaca ini telah berjanji dan bersumpah dgn Allah semasa kita dikandung oleh ibu kita sebagai ISLAM...tinggal2kan amalan jahiliyyah ini..valentine x boleh dirayakan..haram hukumnya,dalam Islam x pernah cakap pon ade 1 hari untuk berkasih syg...hari2 boleh.. MAULIDUR RASUL jauh lebih mulia dan boleh memandu kita ke MARDHOTILLAH...insyallah...

Friday, February 11, 2011

....SeLaMaT TiNgGal BSMM-KUIS...

Akhirnya, hampir tamat perkhidmatan ku dalam BSMM-KUIS ni..macam2 dah dilalui..susah senang,pening kepala, serabut, sakit jiwa , panas hati..sumela..tapi..banyak yang aku dah belajar sepanjang pertemuan ni...bukan setakat belajar, memimpin pun aku dapat rase...haa..aku nak cite sikit sejarah penglibatan aku dalam BSMM ni..

1. Tahun 2008:
haa..ni tahun awal aku mula terlibat dengan persatuan ni. mule2 sebagai "pelatih" je dan salah satu kriteria utk lulus dalam bergraduasi..senang cite koko la..mula2 masuk tu ..(panjang citenye)sampai la ke akhirnye aku lulus dalam koko. igtkan "penderitaan" yang aku tanggung selama setahun dlu akan hilang bak ditiup angin lalu..tapi..jeng3..

 gambar aku ngah kawad ...klakar..



2. Tahun 2009:

di sebalik jeng3 itu, akhirnya aku mula bergiat aktif dalam BSMM-KUIS secara rasminya sebagai pegawai penjaga latihan 2..chop2,"Pegawai"??macam x caye je mule2 tu..untuk pengetahuan korg, aku dlu x brp gemar sangat g koko ni sebab...tettt..(rahsiala).tup2 dapat jadi pegawai..xkesahlah, aku pon terimalah jawatan tu dengan "sukarelanya"pada mulanya..start je program..mula lah sebok, dengan meetingnye,perjumpaan sana sini, disscussion ..macam2..demi memastikan kelangsungan koko lebih relevan dan dapat diterima ramai..mula dai sinilah aku mla belajar..rupe2nye bukan senang nak plan koko ni..dan bukan senang nak buat keje ni..hanya orang yang betul2 kental n kuat je boleh buat. dalam kesempatan ni jugaklah aku mula belajar selok belok bulan sabit ni..belajar asas pertolongan cemas, jadi stand-by extival macam2lah..sampai aku pandai buat keputusan sendiri dalam bertindak sebagai pegawai. sampailah ke akhir sesi pemerintahan penggal pertama..last2 kene plak jadi .....

 ni gambar barisan pegawai sesi 2009/2010

dari kiri :Oc Training 2, Kuatermaster 2, Oc Training 1, OcVad


ni mase g khidmat komuniti tahun 2009..jadi pemantau..

meeting ditengah panas..aduyaii..


3. Tahun 2010:
OCVAD..(Pegawai Penjaga Bantuan Sukarela),,,fuhhh..tinggi 2..macam xcaye pon ade. klu korg nak tahu..OCVAD ni mmg kedudukanya di bawah Pengerusi..so, pressure mmg tinggi berbeza dengan pegawai lain. mula2 macam nak tolak jawatan tu..tapi bila difikir2kan..aku dapat idea. alang2 aku pegang, aku nak buat satu transformasi besar2an dalam BSMM-KUIS ni..aku pon dengan penuh dedikasi menjunjung perintah sebagai OCVAD..haha.. hari pertama je, dah ditimpa macam2 masalah..tapi tu sume buat aku bertambah kuat ditambah pulak dengan barisan pegawai2 yang mantap..tahniah buat korang sume atas bantuan dan kerjasama yang diberikan walaupon ttp ade yang "tak sedap mata memandang".. hari demi hari, rasa "cinta" kat BSMM semakin mendalam sampaikan setiap hari nak tido pon terfikir2..agaknya klu jadi "orang Besar" ni mmg cam 2 kot..bayangkanlah klu PM..xtido malam kot..hehe..sampailah ke hari ni, bila sebut je BSMM,mst aku cepat respon n nak tolong..sbb aku sgt2 sayangkan persatuan ni...

 haa...ni gambar aku 1st time kne snap utk jdi gambar carta organisasi...


memulakan tugas pertama di KOPK..

KOPK 2010-juara pembina menara harapan..haha

sempat jadi trainer kawad kaki..best2..


huhu..pejam celik,pejam celik, dah nak abs pon mse yang diberikan untuk memerintah dalam BSMM-KUIS ni. Jawatan pon dah aku serahkan, amanat dah ku galaskan kat pengganti yang sudi menerima watikah ini ...khas aku dedikasikan kepada yang terutama:
 
 OCVAD baru sesi 2011/2012-Tuan Ahmad Shamil

Tuan Ahmad Shamil Bin Abu Bakar..atas kesudian menyambung kudrat dan "nyawa" aku untuk sesi depan.. tak lupa jugak kepada semua Pegawai2 sesi 2011/2012..selamat bertugas...

Dedikasi khas juga ku tujukan kepada semua Mantan2 Pegawai sesi 2010/2011..tanpa korang,x jadi gak usaha aku..



dedikasi khas juga ku berikan kepada semua Mantan Pegawai sesi 2009/2010 di bawah pimpinan kak atif (Puan Awatif bt Abd Hadi)...

dedikasi ni jugak buat team2 pegawai yang train ktrg mse 2008 dlu..team Abg Aiman...thanks sgt2...