Monday, March 5, 2012

BERCINTA vs PUTUS CINTA…..

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)…..

Assalamualaikum semua..

Setelah hampir setahun saya tidak mencoret sebarang kalam dalam blog ni, hari ni saya kembali lagi.. macam2 dah jadi sepanjang setahun ni, ada yang MANIS, ada yang PAHIT, ada yang SEDIH pendek kata…MACAM2 ADA…hurmm..

Anda semua mesti tertanya2 lirik apekah di atas tu?? Ni jawapannya, lirik lagu itu dipetik daripada lagu S.A.D.D (Sedang Apa Dan Di Mana) oleh Sammi Simorangkir. Bunyi macam sedih je kn? Tapi hakikinya penuh dengan kisah yang tersirat sebalik lagu berkenaan.

Dalam perkara ini, sedikit nukilan yang nak saya kongsikan dgn teman2 semua…setuju tak jika saya katakan PUTUS CINTA ITU SATU YANG MENYAKITKAN?? Pasti jawapannya YA kan? Setuju tak klu saya katakan PUTUS CINTA TU SATU PENYEKSAAN?? Pasti jawapannya YA bukan..tapi perasan x, kedua2nya adalah sama? Mesti perasan kan?

Saya mempunyai prinsip tersendiri dalam falsafah cinta manusia ini sebenarnya (jika anda tak setuju, jangan marah yee). Bagi saya, CINTA merujuk kepada satu ikatan yang menggabungkan dua elemen/individu yang saling memerlukan antara satu sama lain serta mengharapkan sesuatu pada pengakhirannya seperti perhatian, kasih sayang, belai manja dan sebagainya..CINTA juga terbahagi kepada beberapa elemen..tu teman2 boleh bahagikanlah ikut suka..sebab cabang2nya terlalu banyak dan sangat complicated untuk dirungkaikan…

Tapi, tau tak ending kepada cinta ni akan menemui DUA JALAN SAHAJA? Sama ada bahagia atau merana? BAHAGIA ni seperti dapat berkahwin bersama..tapi yang MERANA ni,jalan ceritanya jauh lebih panjang sebab terdapat side effect
yang pelbagai dan xberkesudahan..TAK BERKESUDAHAN??apa maksudnya tu?

Macam ni, perasan atau tak, mase ber “cinta”, terlalu banyak kata2 manis yang diungkapkan dan dilontarkan membuatkan pasangan anda cair dan terus cair sehingga menyimpan perasaan sayang yang teramat sangat pada anda…haa,ada lagi, klu time ber “cinta”, terlalu banyak yang diharapkan,contohnye kasih sayang, perhatian yang tak pernah lekang2 dan macam2 lagi lah..pendek kata setiap sudut perlu dijaga bagi memastikan CINTA anda akan kekal ke penghujung yang baik.. paling tak blh blah (pantang saya yang tersangat2) bila ber “cinta” ni, pelbagai janji yang ditabur spt “I xkan tinggalkan u, pliss don’t ask me about my heart belonging to u, I promise to be ur wife/husband 1 day..tapi semua janji HANYA TINGGAL KENANGAN IBARAT UKIRAN TULISAN PADA BATU NESAN…hanya menjadi tatapan..xde makne lagi..ada pepatah menyatakan, “apa guna berjanji tapi xditepai” atau “ibarat menanam tebu ditepi bibir”…

Sudah pasti semua memoir ini akan mengakibatkan kesan negatif kepada insan yang terkono ni sbnrnya, dan boleh jadi bende2 yang xmasuk akal…hurm.. ada yang masih menangis xmampu terima kenyataan, ADA YANG BERDENDAM, ada yang sakit hati dan yang paling ditakuti..ADA YANG MENYUMPAH2 terhadap bekas pasangannya..(paling digeruni)..

Just my opinion, untuk mencintai seseorang, kita kene:

1.      memastikan kita benar2 bersedia utk bercinta dan jangan berharap seperti “nak isi tank” je..bila kosong,sebuk nak cari teman, bila da full, main tinggal je..

2.      xpayah JANJI2 SANGATLA KLU XMAMPU NAK TUNAIKAN..sebab janji2 tu sume xblh pakai sangat..klu jadi kawin tu sangat xdinafikan keberbaloianya..tpi klu putus..hampehh, bila kita sebut2 balik kat dia pon, dia tetap mnafikannye..so, JANGAN BERJANJI SETINGGI LANGIT KLU XMAMPU NAK TUNAIKAN..(MUNAFIK TAU X)..

3.      bila da bercinta, tolong dan tolong JANGAN CURANG. Sebab ni merupakan tanda2 kebobrokan cinta anda dengan si dia.. (cth: ditanya cakap xde2, rupa2nya..dah “KENYANG” dengan orang baru..mlopong kite..)

4.      jangan bercinta lebih dari Allah, sebab Allah xkn redha sekiranya kita melampaui dlm bab2 cinta kepada manusia nih.. guide cinta yang paling baik (HABLU MINA ALLAH-cinta terhadap Allah-HABLU MINA RASUL-cinta pada Rasulullah-dan HAMBU MINA WALIDAIN-cinta pada IBU BAPA-dan seterusnya)

5.      jaga hati pasangan dengan baik..n pliss sekiranya pasangan anda itu BAIK ORANGNYA, jangan diburukkan sifatnya di mata manusia lain dgn sikap anda yang menyebabkan maruah serta kreadibilitinya tercalar..(cth: kawan2 dia semua dah tau yang dia ni bercinta dengan anda, tup2 kita memutuskan hbungan,x ker memalukan bekas kekasih anda apabila kawan2 dia tanye???) kesian kn?, so fikir2lah..

6.      sekiranya bekas pakwe atau makwe anda tak redho atas ape yang dah blaku sebab putus cinta ni..saya xtaulah nak komen,sebaiknya selesaikan dgn cara deplomatik yang baik gitu…

oklah, ala kulli hal..sebagai penutupnya jadilah insan yang baik bukan sahaja dalam bercinta je, tapi seluruh aspek supaya disayangi dan dikasihi..terutamanya oleh Maha Pencipta kita..Allahu Rabbul Jalil..

renungan bersama           : kisah ini tiada kaitan antara kisah individu atau cubaan menjatuhkan individu lain, hanya belajar daripada pengamatan sendiri serta pengalaman daripada pelbagai pihak..so, ni sebagai pengajaran dan perkongsian ilmu utk anda (maaf sekiranya bahasa bercampur baur dan tak sedap didgr,trying to be more close with all readers)

p/s      : TQ “awak” atas segalanya….

wallahu a'lam..Wassalam

TheCounsellor @5/3/2012 (11.12 PM)