Sunday, February 13, 2011

Rasulullah atau Valentine??.mana satu yang memacu ummat ke arah MARDHOTILLAH??






Assalamualaikum sahabat2.. kali ni aku nak berkongsi sedikit berkenaan 2 topik yang sedang menjadi perbualan hangat. Memang tak dinafikan, sifat kecintaan itu memang telah ditanamkan dalam setiap diri manusia itu, cuma dirinya sahaja yang perlu bijak untuk menyalirkan rasa cinta itu kepada yang berhak menerimanya. Dalam Islam, kita sedia maklum bahawa cinta itu sesuatu "ekspresi" naluri yang perlu dirungkai sebaik-baiknya supaya kita tidak salah mencintai dan dicintai...Allah merupakan cinta utama kita,hanya kecintaan ini yang menjamin syurganya kelak..diikuti Rasulullah..seorang Nabi dan Rasul terulung..kecintaan pada baginda boleh membawa syafaat di akhirat kelak..kemudian keluarga, yang sentiasa mendampingi kita tatkala susah dan senang..dan akhirnya kepada insan..(maaf jika x lengkap)..

sempena maulidur Rasul yang bakal kita sambut tidak lama lagi, pernah tak kita terbayang betapa kasih dan cintanya Baginda kepada kita?? dalam kata2 terakhir ketika baginda menghadapi sakaratul maut..perkataan yang diungkapkan ialah..UMMATI..UMMATI..UMMATI.. yang bermaksud UMMATKU..lihat, cinta Rasulullah kpd kita jelas..macammana pula kita?? Ukurlah kecintaan kita pada baginda..bagaimana caranya?
Begini..1 tips untuk merasakan cinta Kepada Baginda dan Mencintai Baginda:
1. Rasulullah meninggalkan kpd kita mukjizat ulung..iaitu Al-quran..bacalah dan fahami setiap kalam yang diungkapkan di dalamnya..insyallah ketakwaan kita akan bertambah..iman akan menjadi kuat..malah hati yang keras membeku pon akan mencair..
2. Rasulullah juga mewasiatkan pada kita Sunnah2nya spaya menjadi panduan pada ummatnya..amalkanlah, sekurang2nya kita dapat menunjkkan rasa cinta kita padanya walaupon xpernah bersama selama ini..
3. kalau kita dengan makwe@pakwe@balak boleh meseg2,kononnya nak kekalkan perhubungan dan meningkatkan rasa cinta dan menghilangkan rindu...knp x dengan rasulullah..x susah dan x perlukan kredit...cuma BERSELAWAT..x susahkan..


VALENTINE pulak..korg paham ke ape 2? aku nak kupas sikit..Valentine ni hari memperingati kekasih (Konon2nye)..ianya akan disambut oleh seluruh manusia (yang jahil lagi xde otak) pada tiap2 15 febuari setiap tahun.. hari ni juga ade sejarah dimana seorang paderi (aku xnak tau pon nme dia) kononnye nak menunjukkan rasa cita kat awek dia (klu x salah anak seorang pegawai penjara) tempat paderi sengal ni kene penjara sebab(xtaulah)..sebelum paderi ni tadi kene hukum bunuh ,dia sempat tulis sepucuk surat kepada "kekasih gelap" dia td..semenjak ari 2 tiap2 15 feb aka diadakan hari memperingati "hari kekasih" ni...
korang faham x..ade 1 artikel aku baca.."paderi ni orangnya xboleh mengadakan rasa cinta kedalam dirinya,lagi x boleh seorang paderi ni bercinta @ berkahwin..." nmpak sangat berbeza dengan Islam yang tidak menyekat Cinta asalkan diamalkan dengan betul dan mengikut syarak...persoalannya, APA YANG KITA DAPAT SAMBUT VALENTINE SEDANGKAN ALLAH DAN JANJIKAN GANJARAN BESAR MENCINTAI RASULULLAH...???


SUDAH2LAH..kalau anda yang membaca ini telah berjanji dan bersumpah dgn Allah semasa kita dikandung oleh ibu kita sebagai ISLAM...tinggal2kan amalan jahiliyyah ini..valentine x boleh dirayakan..haram hukumnya,dalam Islam x pernah cakap pon ade 1 hari untuk berkasih syg...hari2 boleh.. MAULIDUR RASUL jauh lebih mulia dan boleh memandu kita ke MARDHOTILLAH...insyallah...

Friday, February 11, 2011

....SeLaMaT TiNgGal BSMM-KUIS...

Akhirnya, hampir tamat perkhidmatan ku dalam BSMM-KUIS ni..macam2 dah dilalui..susah senang,pening kepala, serabut, sakit jiwa , panas hati..sumela..tapi..banyak yang aku dah belajar sepanjang pertemuan ni...bukan setakat belajar, memimpin pun aku dapat rase...haa..aku nak cite sikit sejarah penglibatan aku dalam BSMM ni..

1. Tahun 2008:
haa..ni tahun awal aku mula terlibat dengan persatuan ni. mule2 sebagai "pelatih" je dan salah satu kriteria utk lulus dalam bergraduasi..senang cite koko la..mula2 masuk tu ..(panjang citenye)sampai la ke akhirnye aku lulus dalam koko. igtkan "penderitaan" yang aku tanggung selama setahun dlu akan hilang bak ditiup angin lalu..tapi..jeng3..

 gambar aku ngah kawad ...klakar..



2. Tahun 2009:

di sebalik jeng3 itu, akhirnya aku mula bergiat aktif dalam BSMM-KUIS secara rasminya sebagai pegawai penjaga latihan 2..chop2,"Pegawai"??macam x caye je mule2 tu..untuk pengetahuan korg, aku dlu x brp gemar sangat g koko ni sebab...tettt..(rahsiala).tup2 dapat jadi pegawai..xkesahlah, aku pon terimalah jawatan tu dengan "sukarelanya"pada mulanya..start je program..mula lah sebok, dengan meetingnye,perjumpaan sana sini, disscussion ..macam2..demi memastikan kelangsungan koko lebih relevan dan dapat diterima ramai..mula dai sinilah aku mla belajar..rupe2nye bukan senang nak plan koko ni..dan bukan senang nak buat keje ni..hanya orang yang betul2 kental n kuat je boleh buat. dalam kesempatan ni jugaklah aku mula belajar selok belok bulan sabit ni..belajar asas pertolongan cemas, jadi stand-by extival macam2lah..sampai aku pandai buat keputusan sendiri dalam bertindak sebagai pegawai. sampailah ke akhir sesi pemerintahan penggal pertama..last2 kene plak jadi .....

 ni gambar barisan pegawai sesi 2009/2010

dari kiri :Oc Training 2, Kuatermaster 2, Oc Training 1, OcVad


ni mase g khidmat komuniti tahun 2009..jadi pemantau..

meeting ditengah panas..aduyaii..


3. Tahun 2010:
OCVAD..(Pegawai Penjaga Bantuan Sukarela),,,fuhhh..tinggi 2..macam xcaye pon ade. klu korg nak tahu..OCVAD ni mmg kedudukanya di bawah Pengerusi..so, pressure mmg tinggi berbeza dengan pegawai lain. mula2 macam nak tolak jawatan tu..tapi bila difikir2kan..aku dapat idea. alang2 aku pegang, aku nak buat satu transformasi besar2an dalam BSMM-KUIS ni..aku pon dengan penuh dedikasi menjunjung perintah sebagai OCVAD..haha.. hari pertama je, dah ditimpa macam2 masalah..tapi tu sume buat aku bertambah kuat ditambah pulak dengan barisan pegawai2 yang mantap..tahniah buat korang sume atas bantuan dan kerjasama yang diberikan walaupon ttp ade yang "tak sedap mata memandang".. hari demi hari, rasa "cinta" kat BSMM semakin mendalam sampaikan setiap hari nak tido pon terfikir2..agaknya klu jadi "orang Besar" ni mmg cam 2 kot..bayangkanlah klu PM..xtido malam kot..hehe..sampailah ke hari ni, bila sebut je BSMM,mst aku cepat respon n nak tolong..sbb aku sgt2 sayangkan persatuan ni...

 haa...ni gambar aku 1st time kne snap utk jdi gambar carta organisasi...


memulakan tugas pertama di KOPK..

KOPK 2010-juara pembina menara harapan..haha

sempat jadi trainer kawad kaki..best2..


huhu..pejam celik,pejam celik, dah nak abs pon mse yang diberikan untuk memerintah dalam BSMM-KUIS ni. Jawatan pon dah aku serahkan, amanat dah ku galaskan kat pengganti yang sudi menerima watikah ini ...khas aku dedikasikan kepada yang terutama:
 
 OCVAD baru sesi 2011/2012-Tuan Ahmad Shamil

Tuan Ahmad Shamil Bin Abu Bakar..atas kesudian menyambung kudrat dan "nyawa" aku untuk sesi depan.. tak lupa jugak kepada semua Pegawai2 sesi 2011/2012..selamat bertugas...

Dedikasi khas juga ku tujukan kepada semua Mantan2 Pegawai sesi 2010/2011..tanpa korang,x jadi gak usaha aku..



dedikasi khas juga ku berikan kepada semua Mantan Pegawai sesi 2009/2010 di bawah pimpinan kak atif (Puan Awatif bt Abd Hadi)...

dedikasi ni jugak buat team2 pegawai yang train ktrg mse 2008 dlu..team Abg Aiman...thanks sgt2...

Thursday, February 10, 2011

....sAhAbAt SeLAmAnYa....

pejam celik, pejam celik tup2...dah nak habis pengajian kita selama 3tahun...macam x percaya. teringat mase kita semua baru2 kenal, bertaaruf, belajar sme2. macam2 yang kita tempuh bersama..susah,senang, bergaduh,masam muka...tetapi itulah sbnrnya keutuhan persahabatan yang kita bina...terimalah seuntai lagu khas didedikasikan untuk awakm semua...

Brothers

Doa Perpisahan 

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

haa...ni gambar masa sem 1..ciut2 sumenye..hehe..

yang ni...gambar sem 6..lain kan?banyak perubahannye..