assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...
minggu ni, aku nak cite sikit dengan korg mengenai 2 hak asasi manusia sebenarnye..klu korg nak tau @ dah tahu..dua perkara yg aku nak cite ni sgt berkait rapat,klu dua2 join venture..insyallah sume berjalan lancar,tp klu ade yg x mlengkapi sesama dorang..alamatnye,goyahla sesuatu itu..yang aku maksudkan MAKAN & IBADAT.
MAKAN:
makan ni penting sebenarnye,klu kte xmakan mne nak datang tenaga, dengan makan jugak kita boleh teruskan hidup, dengan makan jugak boleh bawak keselesaan tapi terlebih makan byk durjananya tau..hehe.
dengan makan juga kita berdaya utk beribadat..BERIBADAT!! aku sje mention 2kali perkataan ni supaya menjadi tajuk highlight kita kali ini..Rasulullah S.A.W bersabda mengenai makan dan ibadat ni:
"Apabila diserukan untuk makan malam lalu terdengar suara azan oleh muazin maka dahulukan makan malam. (Abu Hanifah)"
maksud hadith ni bukan srh kita lewat2kan solat..tapi jika keadaan memaksa utk kita makan dahulu (terlalu lapar) maka makan lah dahulu tapi jangan lbh2 pulak..sekadarnye shj..
sbnrnye, Ibadat dan Makan berkait rapat, Allah kurniakan kita rezki utk dimanfaatkan dan antara cabangnya adalah untuk beribadat semula kepadanya..jgn pulak kita mintak macam2 sampai solat hajat xberenti..doa xputus2..ble dah dapat nikmat..Allah kita lupakan ..ish3..xbaik tau korg klu buat camtu..so, seimbangkanlah..
IBADAT:
korg pon taukan, kita diciptakan Allah dimuka bumi ni untuk beribadat..ketakwaan dan kecintaan pada Allah tu penting..so,untuk dapatkan kecintaan tu perlukan ibadat sebagai penghubung antara kita dgn Allah..tp, kaitan makan dgn ibadat sgt rapat..klu nak solat kne ade kudrat n kekuatan,mne nak dtg kkuatan..daripada makanlah..kan?so,jangan jadikan alasan klu x mkn boleh mati..kita tuka..klu x mkn ssh nk beribadat..so,secara xlangsung kita dpt tukar paradigma dri makan utk kenyang ke makan untuk Allah..atas alasan utk beribadat..kan lg manis 2..satu contohlah kan: klu kita bagi kt jiran makanan dengan tupperware, tapi dia x pulangkan bekas 2..agk2 korg marah x?lagi2 tapawere tu mhl,bli kat KL katekan..mst korg bengang..macam tu juga Allah..dia dah bagi kite rezki,makan sedap2..tapi korg x bgi balik ape yg dia suruh..bukan susah pon..mst dia murka..haha..so, moralnya..
MAKAN & IBADAT seiringan...kene seimbanglah bro..asyik makan je pon x best kan ..kang xlarat nk rukuk sujud sbb boncet sgt..upsss..jgn mwa ek..manfaatkanlah rezki Allah..nescya klu kita igt Allah..Allah bertambah2 igt dgn kita..insyallah, ape yg kita nak konform dapat...wasslam..=)
Saturday, March 5, 2011
Wednesday, March 2, 2011
10 tanda si dia jodoh kita..(wajib baca)
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
semoga anda dpt mengaplikasikannya sebaik mungkin..slamat mencuba..=)
Sunday, February 13, 2011
Rasulullah atau Valentine??.mana satu yang memacu ummat ke arah MARDHOTILLAH??
Assalamualaikum sahabat2.. kali ni aku nak berkongsi sedikit berkenaan 2 topik yang sedang menjadi perbualan hangat. Memang tak dinafikan, sifat kecintaan itu memang telah ditanamkan dalam setiap diri manusia itu, cuma dirinya sahaja yang perlu bijak untuk menyalirkan rasa cinta itu kepada yang berhak menerimanya. Dalam Islam, kita sedia maklum bahawa cinta itu sesuatu "ekspresi" naluri yang perlu dirungkai sebaik-baiknya supaya kita tidak salah mencintai dan dicintai...Allah merupakan cinta utama kita,hanya kecintaan ini yang menjamin syurganya kelak..diikuti Rasulullah..seorang Nabi dan Rasul terulung..kecintaan pada baginda boleh membawa syafaat di akhirat kelak..kemudian keluarga, yang sentiasa mendampingi kita tatkala susah dan senang..dan akhirnya kepada insan..(maaf jika x lengkap)..

Begini..1 tips untuk merasakan cinta Kepada Baginda dan Mencintai Baginda:
1. Rasulullah meninggalkan kpd kita mukjizat ulung..iaitu Al-quran..bacalah dan fahami setiap kalam yang diungkapkan di dalamnya..insyallah ketakwaan kita akan bertambah..iman akan menjadi kuat..malah hati yang keras membeku pon akan mencair..
2. Rasulullah juga mewasiatkan pada kita Sunnah2nya spaya menjadi panduan pada ummatnya..amalkanlah, sekurang2nya kita dapat menunjkkan rasa cinta kita padanya walaupon xpernah bersama selama ini..
3. kalau kita dengan makwe@pakwe@balak boleh meseg2,kononnya nak kekalkan perhubungan dan meningkatkan rasa cinta dan menghilangkan rindu...knp x dengan rasulullah..x susah dan x perlukan kredit...cuma BERSELAWAT..x susahkan..

VALENTINE pulak..korg paham ke ape 2? aku nak kupas sikit..Valentine ni hari memperingati kekasih (Konon2nye)..ianya akan disambut oleh seluruh manusia (yang jahil lagi xde otak) pada tiap2 15 febuari setiap tahun.. hari ni juga ade sejarah dimana seorang paderi (aku xnak tau pon nme dia) kononnye nak menunjukkan rasa cita kat awek dia (klu x salah anak seorang pegawai penjara) tempat paderi sengal ni kene penjara sebab(xtaulah)..sebelum paderi ni tadi kene hukum bunuh ,dia sempat tulis sepucuk surat kepada "kekasih gelap" dia td..semenjak ari 2 tiap2 15 feb aka diadakan hari memperingati "hari kekasih" ni...
korang faham x..ade 1 artikel aku baca.."paderi ni orangnya xboleh mengadakan rasa cinta kedalam dirinya,lagi x boleh seorang paderi ni bercinta @ berkahwin..." nmpak sangat berbeza dengan Islam yang tidak menyekat Cinta asalkan diamalkan dengan betul dan mengikut syarak...persoalannya, APA YANG KITA DAPAT SAMBUT VALENTINE SEDANGKAN ALLAH DAN JANJIKAN GANJARAN BESAR MENCINTAI RASULULLAH...???
SUDAH2LAH..kalau anda yang membaca ini telah berjanji dan bersumpah dgn Allah semasa kita dikandung oleh ibu kita sebagai ISLAM...tinggal2kan amalan jahiliyyah ini..valentine x boleh dirayakan..haram hukumnya,dalam Islam x pernah cakap pon ade 1 hari untuk berkasih syg...hari2 boleh.. MAULIDUR RASUL jauh lebih mulia dan boleh memandu kita ke MARDHOTILLAH...insyallah...
Friday, February 11, 2011
....SeLaMaT TiNgGal BSMM-KUIS...
Akhirnya, hampir tamat perkhidmatan ku dalam BSMM-KUIS ni..macam2 dah dilalui..susah senang,pening kepala, serabut, sakit jiwa , panas hati..sumela..tapi..banyak yang aku dah belajar sepanjang pertemuan ni...bukan setakat belajar, memimpin pun aku dapat rase...haa..aku nak cite sikit sejarah penglibatan aku dalam BSMM ni..
1. Tahun 2008:
haa..ni tahun awal aku mula terlibat dengan persatuan ni. mule2 sebagai "pelatih" je dan salah satu kriteria utk lulus dalam bergraduasi..senang cite koko la..mula2 masuk tu ..(panjang citenye)sampai la ke akhirnye aku lulus dalam koko. igtkan "penderitaan" yang aku tanggung selama setahun dlu akan hilang bak ditiup angin lalu..tapi..jeng3..
gambar aku ngah kawad ...klakar..
2. Tahun 2009:
di sebalik jeng3 itu, akhirnya aku mula bergiat aktif dalam BSMM-KUIS secara rasminya sebagai pegawai penjaga latihan 2..chop2,"Pegawai"??macam x caye je mule2 tu..untuk pengetahuan korg, aku dlu x brp gemar sangat g koko ni sebab...tettt..(rahsiala).tup2 dapat jadi pegawai..xkesahlah, aku pon terimalah jawatan tu dengan "sukarelanya"pada mulanya..start je program..mula lah sebok, dengan meetingnye,perjumpaan sana sini, disscussion ..macam2..demi memastikan kelangsungan koko lebih relevan dan dapat diterima ramai..mula dai sinilah aku mla belajar..rupe2nye bukan senang nak plan koko ni..dan bukan senang nak buat keje ni..hanya orang yang betul2 kental n kuat je boleh buat. dalam kesempatan ni jugaklah aku mula belajar selok belok bulan sabit ni..belajar asas pertolongan cemas, jadi stand-by extival macam2lah..sampai aku pandai buat keputusan sendiri dalam bertindak sebagai pegawai. sampailah ke akhir sesi pemerintahan penggal pertama..last2 kene plak jadi .....
dari kiri :Oc Training 2, Kuatermaster 2, Oc Training 1, OcVad
3. Tahun 2010:
OCVAD..(Pegawai Penjaga Bantuan Sukarela),,,fuhhh..tinggi 2..macam xcaye pon ade. klu korg nak tahu..OCVAD ni mmg kedudukanya di bawah Pengerusi..so, pressure mmg tinggi berbeza dengan pegawai lain. mula2 macam nak tolak jawatan tu..tapi bila difikir2kan..aku dapat idea. alang2 aku pegang, aku nak buat satu transformasi besar2an dalam BSMM-KUIS ni..aku pon dengan penuh dedikasi menjunjung perintah sebagai OCVAD..haha.. hari pertama je, dah ditimpa macam2 masalah..tapi tu sume buat aku bertambah kuat ditambah pulak dengan barisan pegawai2 yang mantap..tahniah buat korang sume atas bantuan dan kerjasama yang diberikan walaupon ttp ade yang "tak sedap mata memandang".. hari demi hari, rasa "cinta" kat BSMM semakin mendalam sampaikan setiap hari nak tido pon terfikir2..agaknya klu jadi "orang Besar" ni mmg cam 2 kot..bayangkanlah klu PM..xtido malam kot..hehe..sampailah ke hari ni, bila sebut je BSMM,mst aku cepat respon n nak tolong..sbb aku sgt2 sayangkan persatuan ni...
haa...ni gambar aku 1st time kne snap utk jdi gambar carta organisasi...
memulakan tugas pertama di KOPK..
KOPK 2010-juara pembina menara harapan..haha
sempat jadi trainer kawad kaki..best2..
huhu..pejam celik,pejam celik, dah nak abs pon mse yang diberikan untuk memerintah dalam BSMM-KUIS ni. Jawatan pon dah aku serahkan, amanat dah ku galaskan kat pengganti yang sudi menerima watikah ini ...khas aku dedikasikan kepada yang terutama:
Tuan Ahmad Shamil Bin Abu Bakar..atas kesudian menyambung kudrat dan "nyawa" aku untuk sesi depan.. tak lupa jugak kepada semua Pegawai2 sesi 2011/2012..selamat bertugas...
OCVAD baru sesi 2011/2012-Tuan Ahmad Shamil
Tuan Ahmad Shamil Bin Abu Bakar..atas kesudian menyambung kudrat dan "nyawa" aku untuk sesi depan.. tak lupa jugak kepada semua Pegawai2 sesi 2011/2012..selamat bertugas...
dedikasi khas juga ku berikan kepada semua Mantan Pegawai sesi 2009/2010 di bawah pimpinan kak atif (Puan Awatif bt Abd Hadi)...
dedikasi ni jugak buat team2 pegawai yang train ktrg mse 2008 dlu..team Abg Aiman...thanks sgt2...
Thursday, February 10, 2011
....sAhAbAt SeLAmAnYa....
pejam celik, pejam celik tup2...dah nak habis pengajian kita selama 3tahun...macam x percaya. teringat mase kita semua baru2 kenal, bertaaruf, belajar sme2. macam2 yang kita tempuh bersama..susah,senang, bergaduh,masam muka...tetapi itulah sbnrnya keutuhan persahabatan yang kita bina...terimalah seuntai lagu khas didedikasikan untuk awakm semua...
Brothers
Doa Perpisahan
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
haa...ni gambar masa sem 1..ciut2 sumenye..hehe..
yang ni...gambar sem 6..lain kan?banyak perubahannye..
Monday, January 17, 2011
Assalamualaikum dan salam perkenalan...
Alhamdulillah, akhirnya saya memiliki laman khas untuk berceloteh setelah sekian lama menunggu nak buat blog.
kepada teman2, ucapan salam perkenalan sye lontarkan khas buat anda semua..maklumla, diri ini masih baru dalam ber"bloging"..klu salah ,minta tunjuk ajar k..
dalam blog sye ni akan dipaparkan beberapa kisah menarik, teladan, selingan motivasi serta beberapa perkongsian yang mungkin bermanfaat untuk diri kita semua..so, korg jangan segan2 untuk blogwalking.
kepada teman2, ucapan salam perkenalan sye lontarkan khas buat anda semua..maklumla, diri ini masih baru dalam ber"bloging"..klu salah ,minta tunjuk ajar k..
dalam blog sye ni akan dipaparkan beberapa kisah menarik, teladan, selingan motivasi serta beberapa perkongsian yang mungkin bermanfaat untuk diri kita semua..so, korg jangan segan2 untuk blogwalking.
Subscribe to:
Posts (Atom)